‘Super malaria’ merebak ke serata Asia Tenggara, Malaysia diancam bahaya!




‘Super malaria’ sedang merebak ke serata Asia Tenggara dengan kadar yang membimbangkan. (Foto komposit)

KUALA LUMPUR – Malaria, iaitu penyakit yang disebarkan oleh nyamuk betina yang sudah dijangkiti, bukan penyakit baharu. Walau bagaimanapun, penemuan baru-baru ini membangkitkan lebih kerisauan mengenai penyakit itu. Para penyelidik telah mengeluarkan amaran bahawa malaria telah berevolusi menjadi ‘super malaria’ dan sedang merebak ke serata Asia Tenggara dengan kadar yang membimbangkan.
Ini bermakna Malaysia juga tidak terkecuali daripada berdepan dengan risiko jangkitan ‘super malaria’.
Kredit: The Sun

Menurut BBC, ia adalah sejenis malaria yang telah dikenal pasti menolak ubat utama anti-malaria yang berada di pasaran.
Super malaria pada awalnya telah ditemui di Kemboja pada tahun 2007. Sejak itu, ia merebak ke seluruh bahagian Asia Tenggara melalui Thailand, Laos dan Vietnam selatan. Ini bermakna ianya juga semakin menghampiri sempadan negara kita Malaysia.
Profesor Arjen Dondorp, ketua unit penyelidikan Oxford Tropical Medicine di Mahidol University di Bangkok memberi amaran bahawa gejala ini adalah ancaman serius dan mengatakan, “Ianya mencemaskan apabila malaria jenis ini merebak sangat pantas membolosi keseluruhan kawasan dan kami bimbang ia akan merebak lebih jauh dan akhirnya menembusi Afrika.”

Kredit: Livestrong

Menurut sebuah artikel yang diterbitkan oleh jurnal penyakit berjangkit Lancet (Lancet Infectious Diseases), Profesor Dondorp juga menekankan, “Ianya adalah sejenis malaria yang mantap dan mudah merebak. Ianya juga kebal terhadap ubatan semasa. Kemboja sudah pun menukar kepada ubat baharu yang mungkin dapat bertahan sekitar satu hingga dua tahun. Vietnam juga perlu mengubah ubat yang ada sekarang.”
Para penyelidik khuatir kerana malaria jenis ini telah pun merebak menembusi Vietnam sepantas ‘kebakaran hutan’. Menurut laporan Straits Times, profesor itu juga mengatakan, “Ianya lebih membimbangkan jika penyakit ini turut menular menghala ke arah India dan Afrika.”
Kredit: Caribbean360

sumber : erabaru.com.my
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==